Raihanah's FotoPage

By: Ummu Hakim Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Monday, 13-Oct-2008 00:29 Email | Share | | Bookmark
Free handbags anyone?

www.handbagplanet.com


Monday, 28-Jul-2008 08:18 Email | Share | | Bookmark
Minyak, DSAI dan PAS

Salam

Satu dua hari ini ada beberapa isu yang menenggelamkan satu sama lain. Nak tahu apa?

1. Isu kerajaan BN menaikkan harga minyak daripada RM1.97 seliter kepada rm2.70 seliter sekarang
Seingat saya kerajaan BN menyebutkan bahawa harga minyak akan diteliti setiap bulan (pernyataan pertama). Pernyataan kedua pula katanya hanya akan diteliti hujung tahun ini. Sekarang harga minyak berada di paras RM125 setong, namun berdasarkan pernyataan kedua, hujung tahun baru akan diteliti semula.

--> Jadi rakyat perlulah mengharungi baki 6 bulan lagi tahun ini dengan bebanan kemerosotan ekonomi spt sekarang. Malahan paras inflasi pula dah meningkat kepara 8% pada minggu lepas.

--> Kecuali kerajaan PR berjaya ditubuhkan menumbangkan kerajaan sediada (jangkanya pada 16hb September 2008)

2. DSAI dan fitnahnya. Rasanya semua orang sudah tahu siapa lawan siapa. Pelik sungguh dengan orang yang tidak malu berbuat dosa ni. Hari ini rupa2nya doktor yang memeriksa fizikal tubuh Saiful menyebutkan bahawa laporan pemeriksaan ke atas Saiful tidak menunjukkan beliau "diperkosa" oleh Anwar atau mana2 individu. Lantas Saiful membuat satu lagi pemeriksaan di HKL, jawapannya sama. Namun Saiful membuat juga laporan polis di pondok polis di sekitar HKL. Doktor yang memeriksa khabarnya telah hilang (bersama keluarganya) kerana telah dicari oleh polis untuk doktor itu mengubah laporan perubatannya. Wallahu'alam.

Sesiapapun yang mempunyai akal yang waras tentu merasa curiga dengan kes ini. Banyak sangat teka teki dan skrip yang belum masak. Kita cuma berharap kes ini tak lekat sepertimana kes2 DSAI yang lalu (satu pun kes liwat terhadap DSAI tak lekat).

3. PAS masuk UMNO?
Saya rasa ramai di kalangan orang PAS yang nampak melatah dan curiga dengan sahabat2 di dalam PR (DAP dan PKR). Ini disebabkan oleh insiden Himpunan 1 juta Rakyat Bantah Kenaikan Harga Minyak yang lalu. Lalu segera menghalalkan perkahwinan semula dengan UMNO.

Saya berasakan "perkahwinan" ini masih baru, masih di peringkat suai kenal. DAP dan PKR kita sudah tahu sedari awal mereka bukan memperjuangkan Islam. Namun penyatuan ini disebabkan pertalian yang lain. Jadi mengapa nak melatah? Bukankah sepatutnya PAS yang perlu teliti di setiap program bersama yang diadakan, PAS perlu komited dengan setiap mesyuarat program yang diadakan. Janganlah asyik mengharapkan Pengerusi saja untuk menunjukkan suara PAS, mesti ada beberapa orang lagi supaya usaha untuk suara PAS didengari lebih kuat.

UMNO sekarang sedang lemah. Maka mengapa kita hendak menguatkan dia semula sedangkan kita berhempas pulas mengalahkan mereka?

Isu ini tentunya menjadi hangat di Muktamar ogos nanti. Apapun, saya bukanlah perwakilan.


Monday, 28-Jul-2008 03:12 Email | Share | | Bookmark

Pakai kacamata hitam ayah tehnya
Hakim senyum - 4 bulan rasanya
Tengah tidur - 2 bulan
View all 5 photos...
Assalamualaikum diariku

Curi-curi masa ni. Saya hendak cuba menulis dalam 100% BM atau English dalam mana-mana artikel saya. Ini disebabkan bebelan ayah saya pada kebanyakan cerita Melayu. Kebanyakan dialog mesti butir percakapan tu adalah campuran Melayu dan English. Stylo? Mungkin. Cuba perhatikan drama-drama Indonesia, sedap bunyinya, sebab dialog mereka 100% Indonesia. Itu kritik abah.

Dalam ramai-ramai menteri kabinet (dapur) PM, Datuk Dr Rais Yatim di antara mereka yang mempunyai lenggok bahasa yang baik. Samada bila beliau bertutur BM atau English. Yang lain-lain tak pasti pula saya.

Sejak semalam saya menderitai sakit tekak dan selesema. Nak pegang anak pun rasa runsing, takut berjangkit. Harap tiada apa, lebih-lebih lagi harap nya antibodinya kuat sebab masih menyusu (alhamdulillah) hingga kini.

Hakim sudah 6 bulan, susu pun masih banyak. Saya seperti semasa mengandung dulu masih dengan azam dan harapan untuk menyusukannya sehingga usianya 2 tahun. Begitulah doa saya tiap hari. Semua peralatan bantu untuk tujuan itu pun masih baik dan dijangka bertahan lama. Perbelanjaan untuk susu pun tiada, malah perbelanjaan belian barang-barang kelengkapan penyusuan susu ibu pun rasanya sudah balik modal! Bayangkan keluarga dengan satu anak, susu formula setin berharga hampir rm50, sebulan kurang-kurang 4 tin! Alhamdulillah kerana itu saya tidak lokek untuk Hakim.

Di samping itu, saya juga gunakan lampin kain (cloth diaper) untuk kegunaan di rumah (belum berani pakai di luar - malas basuh ) Penggunaan lampin jenis ini menyebabkan saya hanya berbelanja membeli lampin pakai buang yang banyak di pasaran cuma 2 bulan sekali (beli 2 peket terus). Belanja belian lampin kain pun sudah balik modal.

Saya nak menulis ttg DSAI sebenarnya, tapi nampaknya banyak bercerita tentang Hakim pula! Maaf ye. InsyaALlah jika tiada masalah, petang nanti sambung lagi.


Friday, 25-Jul-2008 05:58 Email | Share | | Bookmark
Blog Foto baru

The apple of our eyes - Hakim, in his 5 months old
First time playing at the garden with his Baba - very brave
With his Baba playing jongkang jongkit
View all 4 photos...
Dear Diary

Today, for the second time I have sign up for a new foto blog. Its has been a while since I have to write because of I could not find a suitable time for it.

InsyaAllah from today onwards, I will write and share a few things and aspect in life. Maybe about the family, working life and politics.

Regards


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net